Istana Kecil (Dalam Kota), Kuala Terengganu
Dicatat oleh
Terengganu 3M
di
7:00 PTG
|
Istana Kecil ini berada di belakang Istana Padang Maziah dalam lingkungan kawasan yang disebut sebagai Dalam Kota. Ianya diceritakan sebagai tempat penginapan salah seorang dari isteri Sultan. Juga terdapat catatan sejarah yang menceritakan bahawa ianya pernah dijadikan tempat bermesyuarat antara Almarhum D.Y.M.M. Sultan Zainal Abidin III bersama dengan Allahyarham Tok Ku Paloh suatu ketika dahulu. Ianya kini di diami oleh salah seorang daripada kerabat Di-Raja Terengganu.
0 ulasan |
Masjid Putih (Masjid Sultan Zainal Abidin)
Dicatat oleh
Terengganu 3M
di
6:57 PTG
|
Gambar Masjid Putih sebagaimana dalam foto bersebelahan adalah gambar lama (sebelum mengalami proses pengubahsuaian). Ianya diceritakan telah dibina hasil dari semangat gotong royong masyarakat melayu dahulu kala dimana orang ramai dari segenap daerah Negeri Terengganu telah datang secara sukarela untuk membina masjid tersebut. Masjid Putih juga sering menjadi tumpuan orang ramai kerana perbagai program berbentuk Islamiyah secara aktif dijalankan di tempat ini. Ianya bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat Islam tempatan malahan anda boleh menemui perbagai masyarakat Islam dari luar negara di masjid ini.
0 ulasan |
Bangunan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu
Dicatat oleh
Terengganu 3M
di
6:56 PTG
|
Bangunan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu ini terletak hampir di pusat bandar Kuala Terengganu. Bersebelahan dengannya ialah Istana Padang Maziah serta Taman Syahbandar sementara di belakangnya pula beradanya Bukit Puteri. Mengikut ceritanya tapak di mana ianya terbina adalah tapak asal Istana Hijau yang telah terbakar semasa Peristiwa Api Gedung suatu ketika dahulu. Selepas peristiwa tersebut Istana Padang Maziah telah dibina bagi mangantikan Istana Hijau yang telah terbakar tadi.
0 ulasan |
Pintu Gerbang, Taman Rekreasi Batu Burok
Dicatat oleh
Terengganu 3M
di
6:54 PTG
|
Pintu gerbang masuk ke Taman Rekreasi Pantai Batu Burok ini amat menarik sekali kerana berbumbungkan atap tradisional Melayu Terengganu. Ianya menjadi satu lokasi yang digemari oleh pelancong ke Pantai Batu Burok untuk sessi gambar untuk dijadikan gambar kenangan indah mereka semasa berada di Kuala Terengganu.
0 ulasan |
Pintu Gerbang, Batu Burok
Dicatat oleh
Terengganu 3M
di
6:51 PTG
|
Pintu gerbang sebagaimana dalam gambar bersebelahan adalah terletak berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat pantai Batu Burok. Struktur pembinaannya nampak menarik dan struktur yangb bakal ditempohi oleh pengunjung ke Kuala Terengganu (dari arah Kemaman) bagi menandakan mereka telah sampai ke Pantai Batu Burok yang merupakan salah satu destinasi popular pelancong serta tempat untuk bertemu dengan sanak saudara bagi mereka yang tidak pernah ke Kuala Terengganu sebelum menerusnya agenda mereka.
0 ulasan |
Baloh Padi, Banggol Tok Mudim
Dicatat oleh
Terengganu 3M
di
6:48 PTG
|
Bagi ramai dari kalangan generasi muda mungkin tidak menggenali baloh padi kerana kegiatan penanaman padi tidak lagi menjadi aktiviti ekonomi masyarakat Terengganu seperti dahulu kala. Baloh padi ini sebenarnya adalah rumah kecil yang digunakan bagi tujuan menyimpan padi-padi yang terkumpul hasil daripada penanaman padi mereka. Pada zaman dahulu, padi-padi yang dihasilkan adalah bagi tujuan kegunaan sendiri dan oleh kerana itu perlu ada tempat bagi tujuan penyimpanan. Baloh padi ini selalunya akan dibina bersebelahan dengan rumah petani berkemungkinan demi menjaga hasil pertanian mereka.
0 ulasan |
Bangunan Dewan Negeri, Kuala Terengganu
Dicatat oleh
Terengganu 3M
di
6:44 PTG
|
Bangunan Dewan Negeri ini yang terletak di Batu Burok (berdepan Hospital Besar Kuala Terengganu) menempatkan gelanggang badminton serta ruangan pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (Bahagian Penguatkuasa). Di sini juga berlangsungnya perbagai program samada program-program Kerajaan Negeri Terengganu mahu pun pihak swasta.
0 ulasan |
Langgan:
Catatan (Atom)